Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan

Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan

Pendahuluan:

  • jiran – orang yang tinggal berdekatan
  • manusia zaman sekarang sibuk mengejar duniawi – tidak ada masa untuk mengenali jiran – bersikap seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
  • semangat kejiranan semakin terhakis terutamanya di bandar/di kota
  • usaha-usaha perlu dijalankan untuk memupuk semangat kejiranan

Isi-isi Penting:

  • menubuhkan Rukun Tetangga serampang dua mata/menyelam sambil minum air – dapat mengenali jiran semasa bertugas/semasa bermesyuarat – dapat menjaga keselamatan kawasan
  • menyertai aktiviti kemasyarakatan –kenduri-kendara, gotong-royong dan hari keluarga – melakukan aktiviti bersama-sama – bagai aur dengan tebing/berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – bergaul mesra dan berkenal-kenalan antara satu sama lain – bertukar-tukar pandangan dan pendapat – hubungan kejiranan semakin erat – tak kenal maka tak cinta
  • saling berkunjung sesama jiran/amalan ziarah-menziarahi – berkunjung sewaktu perayaan atau kenduri-kendara – melawat jiran sewaktu mereka sakit – dapat mengeratkan silaturahim – bagai isi dengan kuku
  • prihatin terhadap kebajikan jiran – menolong jiran sewaktu berlaku kecemasan – menghantar mereka ke hospital jika ditimpa musibah – malang tidak berbau – jiran akan berasa diambil berat – mewujudkan suasana yang harmoni
  • mengadakan rumah terbuka semasa sambutan hari-hari perayaan – Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali – jiran dapat bergotong-royong menyediakan juadah – dapat berbual-bual dan bertukar-tukar fikiran semasa menjamu selera – mewujudkan perpaduan – semangat 1Malaysia seperti yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Penutup:

  • pelbagai langkah dapat dijalankan
  • usaha murni ini wajar diteruskan agar tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas
  • dapat mewujudkan suasana harmoni – diharapkan negara bukan hanya maju dari segi kebendaan tetapi juga maju dalam aspek nilai-nilai kemasyarakatan yang syumul menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50)

.

Leave a comment