Peranan Negara Serantau Dalam Membasmi Najis Dadah
Pengenalan
Najis dadah kini telah menjadi masalah di seluruh dunia.
– negara-negara serantau turut mengalami masalah yang sama
– Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan negara serantau yang lain menghadapi nasib yang sama
– rakyat di negara tersebut kini semakin bimbang dengan ancaman najis dadah ini
– generasi muda yang bakal menjadi pemimpin ramai yang telah tewas angkara dadah ini
Idea-idea Utama
Negara-negara serantau perlu bermuafakat dalam senario ini.
– sempadan negara perlu diperketat oleh negara-negara serantau
– tiada ruang untuk penyeludupan dadah berlaku
– najis dadah ini tidak sampai ke tangan para pembekal
– menyelamatkan generasi muda di Negara masing-masing
Negara serantau perlu mengenakan hukuman yang berat kepada golongan yang terlibat dalam kancah penagihan dadah.
– hukuman mati seperti di Malaysia dan di Indonesia perlu diikuti oleh negara serantau yang lain
– menjadi teladan kepada golongan yang cuba berjinak dengan najis dadah
– tidak berani untuk menjadikan negara serantau ini sebagai transit pengedaran dadah
– selamat dan bebas daripada angkara dadah
Negara-negara serantau tidak melindungi pengedar-pengedar dadah yang ditangkap.
– mengekstradisi pengedar dadah yang ditangkap ke negara asal
– bekerjasama dengan polis di negara-negara serantau
– tidak berpeluang untuk menyelamatkan diri
– tidak menjadikan sesebuah negara serantau sebagai tempat persembunyian mereka
Ketua-ketua polis di negara serantau sering mengadakan rundingan kerjasama.
– mengadakan latihan dan teknik mengesan dadah selari dengan alaf moden ini
– bertukar-tukar maklumat dan idea dalam membanteras najis dadah
– penyebaran dadah semakin sukar dan golonga ini juga semakin tersepit
– tidak sesekali untuk berkompromi dengan golongan ini
Negara-negara serantau membanteras sepenuhnya masalah najis dadah.
– mengadakan kempen, forum dan pelbagai lagi kepada masyarakat di negara masing-masing
– tiada tempat di negara-negara serantau untuk urusan jual beli dadah
– mengadakan operasi demi operasi tanpa mengenal erti putus asa
– masalah dadah dapat dikurangkan dan seterusnya dapat ditangani sepenuhnya
Penutup
Masalah dadah di negara serantau bukan masalah yang baharu.
– menjadikan negara serantau sebagai tempat menyeludup dan menjual dadah
– menjadikan golongan ini kaya raya dengan aktiviti yang tidak bermoral ini
– tidak lagi berpanjangan dengan langkah-langkah yang telah dilakukan
– dikenakan hukuman yang setimpal akan gejala ini terkubur buat selama-lamanya
.