Peranan Pelajar Terhadap Keluarga

Peranan Pelajar Terhadap Keluarga

Pengenalan
Keluarga amat penting kepada seseorang pelajar.
– ayah dan ibu merupakan tulang belakang terhadap kejayaan mereka
– adik-beradik pula antara penyokong dan pemberi motivasi
– peranan pelajar terhadap mereka juga besar
– gabungan ini perlu mantap dalam melahirkan keluarga yang bahagia

Idea-idea utama
Para pelajar perlu tahu akan tanggungjawab mereka terhadap keluarga.
– berjaya dalam pelajaran antara yang utama
– perlu belajar dengan bersungguh-sungguh
– memastikan kejayaan cemerlang buat mereka
– sebagai hadiah kepada keluarga

Para pelajar mestilah menjaga nama baik keluarga.
– tidak menconteng arang ke muka ayah dan ibu
– mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam gejala sosial
– memberi kehancuran kepada keluarga
– memusnahkan masa hadapan mereka.

Para pelajar bersikap ringan tulang terhadap keluarga.
– rajin membantu ayah dan ibu di rumah
– dapat mengurangkan beban dan tekanan mereka
– mengemaskan rumah, mencuci pakaian, menyiram pokok bunga dan pelbagai lagi
– ayah dan ibu pasti akan berasa bangga terhadap mereka

Para pelajar memaparkan tingkah laku yang mulia bersama keluarga.
– tidak bercakaran sesama adik-beradik di rumah
– mengamalkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati
– dapat membina keluarga yang bahagia
– ikatan kekeluargaan turut bertambah kukuh

Para pelajar juga mestilah taat akan perintah kedua-dua ibu bapa mereka.
– tidak membantah arahan dan sentiasa mendengar pesanan mereka
– menjadikan ibu dan ayah sebagai tempat mencurahkan segala masalah
– akan membantu mereka pada bila-bila masa
– kehidupan mereka pasti dirahmati oleh Tuhan

Penutup
Pelajar dan keluarga tidak boleh dipisahkan.
– gabungan penting dalam merealisasikan kejayaan yang cemerlang
– keluarga sentiasa di belakang mereka
– mendoakan kejayaan dan pemberi inspirasi
– tunaikan tanggungjawab terhadap keluarga dengan seikhlasnya

.

Leave a comment