Watak dan Perwatakan (Komsas Tingkatan 4)

Cerpen Munsyi : Watak dan Perwatakan (Komsas Tingkatan 4)

WATAK DAN PERWATAKAN

  1. Watak utama – ‘Saya’
  • Seorang yang taat -‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
  • Seorang yang amanah. -‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
  • Seorang yang gemar membaca- ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
  • Seorang yang tidak mudah putus asa -‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
  1. Watak sampingan

Bonda ‘saya’

  • Seorang yang berpengetahuan luas. -Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
  • Seorang yang bersifat patriotik. -Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
  • Seorang yang amat memahami -Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.

Munsyi

  • Kawan lama bonda.
  • Seorang yang cinta akan budaya Melayu -Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
  • Seorang yang mengalu-alukan tetamu. -Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.

.

Leave a comment