Teknik Plot (Novel Tingkatan 1)

Novel Destinasi Impian : Teknik Plot (Novel Tingkatan 1)

Disusun secara tidak kronologi kerana pengarang telah memasukkan unsur imbas kembali.

Teknik Plot

1. Dialog

“Kau mahu balik. Abang mahu kita teruskan perjalanan. Sekarang Lina menjani undi penentu.” Aku memandang Azlina. “Kaupilih balik atau teruskan?”
“Perjalanan ini sungguh menyeronokkan, tak mungkin aku memilih untuk balik!”

2. Imbas kembali

“Kalau orang perempuan mahu melakukan pekerjaan yang selalu dimonopoli oleh lelaki, dia mesti melakukannya dua kali lebih baik daripada lelaki; barulah kemampuannya diiktiraf.” Aku teringat akan kata-kata seorang peniaga wanita yang berjaya  ketika diwawancara oleh pemberita akhbar.

3. Monolog dalaman

  • “Di tangan orang yang bijak bertani secara canggih, tentu sahaja tanah seluas ini akan mengeluarkan wang sehingga ribuan ringgit,” fikirku.
  • “Peluh menitik sepanjang jalan,” fikirku sambil tersenyum sendirian.

4. Kejutan

Kemunculan rakan-rakan sekelas Firdaus di Pantai Morid, iaitu Moksin, Sazali, Salim, Mokhtar, Erma, Zarina dan azlinda. 

“Hei, dia dah sampai! Dia dah sampai!”

 Aku terkejut. Suara siapakah itu? Aku seperti pernah mendengar suara itu.
”Dia dah sampai!”
Tiba-tiba sahaja dari satu arah aku melihat Moksin, Sazali, Salim dan Mokhtar berlari kencang ke arahku.

5. Saspens

Peristiwa Firdaus lemas kerana ingin menyelamatkan Mazlinda.

6. Imbas muka

Kawan-kawan datang dengan pakaian menarik di samping hadiah yang istimewa. Mazlinda yang sememangnya jelita itu pasti bertambah jelita apabila berpakaian baharu dan istimewa. Dia yang peramah dan murah dengan senyuman pasti akan melayani setiap tetamunya dengan mesra. 

.

Leave a comment